Mesti ramai yang tertanya macam ni kan ``Eh, Malaysia tiada rumah salji ke selain ICT?'' Okey gais sekarang saya nak bagitahu yang dimalaysia telah banyak rumah salji yang dapat kita rasai selain daripada ICT. Sekarang saya nak cerita tentang rumah salji yang berada di Penang. Tempat tersebut dikenali sebagai Ice Cafe penang. Hakikatnya tempat ini telah pun menjadi viral diserata dunia melalui media sosial iaitu Facebook dan Instagram. Tempat ini amatlah sesuai untuk seisi keluarga. tempat ini telah menyediakan pelbagai jenis dessert yang serba mewah dengan buah-buahan tempatan. Aiskrim juga turut disediakan di situ, dimana ianya sesuai dimakan ketika cuaca panas diluar. Korang mesti tertanya-tanyakan bagaimana tempat tersebut. Mari saya tunjukkan.
Assalamualaikum semua.,
Gambar tersebut menunjukkan serba sedikit pemandangan ketika berada di dalam Ice Cafe Penang ini. Pemandangan didalam tersebut sangat cantik dan tahap kesejukannya sangat tinggi. Ini membuatkan diri kita merasakan seolah-olah kita berada di luar negara. Kafe ini boleh memuatkan seramai 80-100 orang dalam satu masa. Hal ini membuatkan, para pelanggan dapat menikmati suasana di dalam tempat tersebut, mengambil gambar serta menikmati dessert yang telah dihidangkan. Harga yang ditawarkan di tempat ini amat berpatutan mengikut kemampuan masing-masing yang mana kadar harga adalah dari RM15 ke atas. Jom kita lihat dessert apa yang menarik di Ice Cafe ini.
No comments:
Post a Comment