Sunday, October 20, 2019

FACEBOOK VS INSTAGRAM

Hye ualls, jumpe lagi kita ye.....

Okey, post kali ini saya ingin bercakap mengenai laman sosial yang biasa digunakan pada masa sekrang iaitu Facebook VS Instagram. Saya tertanya-tanya kenapa ramai golongan muda sekarang lebih memilih Instagram daripada Facebook? Apa istimewanya Instagram ? Apa kurangnya Facebook? Mesti korang pun tertanya perkara yang sama kan. So sekarang jom kita rungkaikannya bersama-sama.








Mesti korang tak tahukan siapa yang megasaskan akaun facebook ini ? meh saya baitahu korang serba sedikit oke. Facebook ini diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama-sama kawan sebiliknya dan rakan-rakan beliau yang mengambil jurusan sains komputer. Untuk pengetahuan korang, facebook ini telah mengalahkan my space yang dimiliki oleh News Corporation.

Facebook ni kalau korang semua nak tahu ianya merupakan rangkaian sosial yang dikendalikan dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Budak yang berumur 13 tahun keatas yang memiliki alamat e-mel sendiri sah boleh menjadi penguna Facebook. Facebook ini lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej serta mengemaskini profile peribadi mereka. Facebook ini juga turut menjadi sasaran untuk mereka rakan yang telah lama terpisah.






Now we move to Instagram pula okey.... Instagram ini merupakan sebuah perkhidmatan perkongsian gambar dan rangkaian sosial secara dalam talian. ianya membolehkan para pengguna mengambil gambar, meletakkan penapis digital dan menyebarkannya dalam bentuk perkhidmatan rangkaian sosial.

Apakah perbezaan kedua-dua aplikasi ini ? Nampak sama je kan.....

1.  Instagram memberikan engagement yang baik berbanding facebook. Untuk mendapatkan       engagement yang tinggi, Instagram adalah platform yang lebih baik berbanding Facebook.  Ianya boleh dilihat melalui perbandingan like dan follower antara kedua-dua apps ini.



   

2. IGTV. Ini merupakan fungsi terbaharu yang disediakan oleh Instagram. Sebelum ini video yang dibenarkan di instagram adalah selama 1 minit sahaja. dengan adanya IGTV ini mereka boleh memuat naik video selama 30 minit. Kebanyakkannya menggunakan IGTV ini adalah untuk memasarkan produk ataupun service yang mereka lakukan. IGTV ini sama seperti kita melihat Tv dirumah. IGTV terus dipaparkan sejurus memasuki ke aplikasi instagram.





kesimpulannya, kedua-dua aplikasi ini mempunyai kelebihan masing-masing. Ianya bergantung kepada diri kita sendiri untuk memilih aplikasi yang ingin kite gunakan.

Friday, October 18, 2019

ICE CAFE PENANG




Mesti ramai yang tertanya macam ni kan ``Eh, Malaysia tiada rumah salji ke selain ICT?'' Okey gais sekarang saya nak bagitahu yang dimalaysia telah banyak rumah salji yang dapat kita rasai selain daripada ICT.  Sekarang saya nak cerita tentang rumah salji yang berada di Penang. Tempat tersebut dikenali sebagai Ice Cafe penang. Hakikatnya tempat ini telah pun menjadi viral diserata dunia melalui media sosial iaitu Facebook dan Instagram. Tempat ini amatlah sesuai untuk seisi keluarga. tempat ini telah menyediakan pelbagai jenis dessert yang serba mewah dengan buah-buahan tempatan. Aiskrim juga turut disediakan di situ, dimana ianya sesuai dimakan ketika cuaca panas diluar. Korang mesti tertanya-tanyakan bagaimana tempat tersebut. Mari saya tunjukkan.

Assalamualaikum semua.,




















Gambar tersebut menunjukkan serba sedikit pemandangan ketika berada di dalam Ice Cafe Penang ini. Pemandangan didalam tersebut sangat cantik dan tahap kesejukannya sangat tinggi. Ini membuatkan diri kita merasakan seolah-olah kita berada di luar negara. Kafe ini boleh memuatkan seramai 80-100 orang dalam satu masa. Hal ini membuatkan, para pelanggan dapat menikmati suasana di dalam tempat tersebut, mengambil gambar serta menikmati dessert yang telah dihidangkan. Harga yang ditawarkan di tempat ini amat berpatutan mengikut kemampuan masing-masing yang mana kadar harga adalah dari RM15 ke atas. Jom kita lihat dessert apa yang menarik di Ice Cafe ini.





Dessert ini dinamakan sebagai aiskrim(5 scoop). Bagi melazatkan lagi dessert tersebut, ianya dihidangkan bersama-sama buah epal hijau, buah peach, buah beri serta biskut gulung. Aiskrim yang disajikan juga hasil daripada campuran strawberi dan coklat. hidangan ini boleh dimakan bersama 2 atau 3 untuk setiap hidangan.





Menu ini merupakan mix fruit. Hidangan ini sangat best kerana ianya dipenuhi dengan pelbagai jenis buah-buahan dan dicampur pula dengan ais membuatkan hidangan ini sejuk apabila masuk kedalam mulut. hidangan ini mempunyai dua saiz dengan harga yang berbeza iaitu large (RM26) dan extra large (RM 36). Hidangan ini amat sesuai untuk keluarga yang ramai untuk makan bersama-sama.





Ini merupakan Jeruk Aiskrim dimana aiskrim tersebut dilimpahi dengan pelbagai jenis jeruk buah seperti jerul pelam, salak, ceri dan sebagainya. Bagi peminat jeruk, anda patut cuba hidangan ini.





Ini pula merupakan jenis air berasaskan buah-buahan. Harga yang ditawarkan amalah berpatutan dengan hidangan tersebut. Buah yang disediakan juga hasil daripada buah-buahan yang segar.

Jadi korang yang mana berada berhampiran Penang jemputlah datang beramai-ramai ke Ice Cafe Penang ini bagi merasai sendiri kenikmatan makanan tersebut. Bagi yang berkunjung ke Penang juga jangan lupa singgah okey. Hehehe. Nanti korang rugi dan menyesal kerana tidak pergi.


FACEBOOK VS INSTAGRAM

Hye ualls, jumpe lagi kita ye..... Okey, post kali ini saya ingin bercakap mengenai laman sosial yang biasa digunakan pada masa sekrang ia...